GUA MUSANG: Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini pada Jumaat.
Mangsa ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan terbabit.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan cebisan anggota tubuh mangsa itu pada jam 9.30 pagi.
"Kami telah gerakkan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Gua Musang dan penduduk setempat.
"Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Menurut beliau, seterusnya anggota penyelamat telah ke lokasi kedua dan menemui cebisan badan serta sebahagian kaki kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama.
Ujarnya, mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan SAR pada jam 4.40 petang dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Choon Foo memberitahu, Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 11 2023
Mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan SAR pada jam 4.40 petang Jumaat dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Gambar/ Sinar Harian
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC
Konflik antara manusia dan haiwan yang banyak dilaporkan di Gua Musang akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (NRECC).
Enam kes dibaham harimau di Gua Musang
Enam kes termasuk lima kematian akibat serangan harimau direkodkan berlaku di Gua Musang dalam tempoh dua tahun bermula Julai 2021.
Gambar tular: 'Budak cedera diserang beruk, bukan harimau' - Perhilitan
Perhilitan Perak menafikan berlakunya serangan harimau hingga mencederakan seorang kanak-kanak di Gerik, seperti yang tular di media sosial.
Musim mengawan, ajar anak memburu punca harimau mengganas - Perhilitan
Musim harimau mengawan dan mengajar anak memburu antara faktor utama binatang buas itu mengganas hingga menyebabkan empat kematian di Gua Musang setakat 11 November tahun ini.
Mayat lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau
Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini pada Jumaat.
Penduduk Pos Pasik hentikan aktiviti harian selepas serangan harimau
Lebih 1,000 penduduk di pos penempatan berkenaan kini tidak lagi keluar melaksanakan aktiviti harian mereka.
Keluarga harap harimau serang Halim dapat ditangkap
Ahli keluarga Halim Asin yang maut selepas dipercayai diserang harimau Selasa lepas, berharap haiwan itu dapat ditangkap.
Penternak lembu di Kerteh pula bimbang serangan harimau
Seorang penternak, Ramli Mohamad, 62, berkata seekor daripada 25 lembunya ditemukan mati dipercayai dibaham harimau Jumaat lepas.